Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Kenal Pasti Lima Fasiliti Untuk Dijadikan Pusat Tahanan Sementara
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti lima fasiliti yang diperlukan bagi sewaan jangka pendek untuk dijadikan Pusa...
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti lima fasiliti yang diperlukan bagi sewaan jangka pendek untuk dijadikan Pusat Tahanan Sementara.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata urusan penyewaan fasiliti itu akan dilaksanakan secepat mungkin, namun setakat ini lokasinya masih belum dimuktamadkan.
Beliau berkata PDRM masih sedang berunding mengenai nilai sewaan pusat tahanan berkenaan, dengan proses rundingan diketuai oleh CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Zaini Jass.
Menurutnya aspek keselamatan akan diambil kira di fasiliti itu, termasuk pemasangan kawat berduri di sekitar kawasan terlibat, sebelum fasiliti berkenaan digunakan sepenuhnya.
