Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Gerakkan Unit Mpv Dan Urb Cegah Jenayah Musim Perayaan

Diterbitkan: 13 Apr 2022 10.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-gerakkan-unit-mpv-dan-urb-cegah-jenayah-musim-perayaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail berkata, pihaknya menjangkakan orang ramai akan menggunakan peluang cuti Hari Raya Aidifitri dan cuti umum Hari Pekerja pada ketika itu untuk pulang ke kampung.

“JPJKK di setiap kontinjen akan melakukan rondaan menerusi unit MPV dan URB secara lebih menyeluruh semasa ketiadaan penduduk di kawasan kediaman serta di kawasan premis peniagaan yang tidak beroperasi, bagi memastikan aspek keselamatan dan harta benda komuniti sentiasa terpelihara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Justeru, Dato’ Aidi menyeru orang ramai yang bercadang untuk pulang ke kampung supaya memaklumkan butir-butir peribadi seperti alamat, tempoh bercuti dan nombor yang boleh dihubungi kepada balai polis berhampiran, untuk membantu pihak polis membuat perancangan rondaan pencegahan jenayah.

Katanya, pihaknya juga akan menempatkan lebih banyak anggota di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai sepanjang musim perayaan ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2022 10.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM