Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Akan Naikkan Elaun Pegawai Rendah Polis Siasat Salah Laku Anggota

Published: 08 Aug 2020 10.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menaikkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada 70 pegawai rendah polis yang dikenal pasti, untuk menjadi detektif Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-akan-naikkan-elaun-pegawai-rendah-polis-siasat-salah-laku-anggota
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menaikkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada 70 pegawai rendah polis yang dikenal pasti, untuk menjadi detektif Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya berkata, perkara berkenaan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pengurusan PDRM, untuk dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Perkara ini (pemberian elaun), Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah bersetuju dan PDRM sedang menunggu keputusan KDN dan JPA, sebelum meluluskannya.

“Selain itu, pemberian elaun sebulan RM300 kepada pegawai rendah polis ini adalah sebagai insentif motivasi, kerana mereka perlu menyiasat banyak kes JIPS,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Sinar Aidiladha Bank Rakyat di Masjid Bukit Aman, di sini.

Dato’ Zamri berkata, walaupun mereka ini belum menerima elaun berkenaan, tetapi kerja-kerja penyiasatan kes JIPS diteruskan seperti biasa.

“Sebelum mereka ini dinaik taraf sebagai detektif, mereka perlu menjalani latihan dan kursus peralihan detektif selama tiga bulan,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php…

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 08 Aug 2020 10.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM