
Article
Artikel Pilihan Pasukan Polis Dijangka Guna Kamera Badan Tahun Ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahag...
Shah Alam, 10 April 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan pada tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahagian penguat kuasa.
“Ini sebagai ikhtiar kita bersedia untuk menerima pakai teknologi. Itu saya maksudkan untuk meningkatkan integriti, ikhtiar untuk mengatasi soal beberapa kelemahan. Itu usaha berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.