Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pasukan Polis Dijangka Guna Kamera Badan Tahun Ini

Diterbitkan: 10 Apr 2023 1.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahagian penguat kuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pasukan-polis-dijangka-guna-kamera-badan-tahun-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT
Shah Alam, 10 April 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan pada tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahagian penguat kuasa.

“Bajet sudah tersedia. Insya-Allah kalau tiada halangan, tahun ini juga pasukan polis, unit rondaan, bahagian trafik ataupun pasukan "special force" lengkap dengan kamera.

“Ini sebagai ikhtiar kita bersedia untuk menerima pakai teknologi. Itu saya maksudkan untuk meningkatkan integriti, ikhtiar untuk mengatasi soal beberapa kelemahan. Itu usaha berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/article/253833

Sumber: Sinar Harian

Pasukan polis dijangka guna kamera badan tahun ini
ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2023 1.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM