Artikel
Artikel Pilihan Pasca Pru 15 Polis Terima 3 417 Laporan Berkait Kesalahan Pru Di Seluruh Negara
Kuala Lumpur, 21 November 2022 - Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula dari 4...
Kuala Lumpur, 21 November 2022 - Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula dari 4 Nov hingga pasca pilihan raya semalam.
Menurutnya, sebanyak 228 laporan diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (218); Perlis (210); Sabah (116); Sarawak (87); Pulau Pinang (83); Terengganu (61) dan Melaka (39).
"Sebanyak 508 kertas siasatan telah dibuka, 149 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, CP Dato' Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM berkata, semalam tujuh kertas siasatan telah dibuka dan satu tangkapan telah dibuat di Kedah melibatkan enam lelaki bersabit kertas siasatan bertarikh 19 Nov.
