Article
Artikel Pilihan Pasca Pru 15 Pdrm Buka 515 Kertas Siasatan 180 Kes Telah Dirujuk Tpr Enam Dituduh Dan Empat Individu Dijatuhi Hukuman
Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh ber...
Kuala Lumpur, 22 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh bermula 4 November hingga semalam.
Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214), Sabah (120), Sarawak (88), Pulau Pinang (85), Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan hari ini.
"Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya dengan enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.
Sementara itu, Dato' Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berkata semalam, enam kertas siasatan telah dibuka melibatkan dua di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor serta Sabah.
Sumber: BERNAMA