Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Orang Awam Tak Sesuai Masuk Ke Kawasan Sar

Diterbitkan: 19 Dec 2022 4.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Hulu Selangor, 18 Disember 2022 - Sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan berada di lapangan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini kerana tidak sesuai bagi orang awam berada di lokasi pencarian SAR.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-orang-awam-tak-sesuai-masuk-ke-kawasan-sar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
Hulu Selangor, 18 Disember 2022 - Sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan berada di lapangan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini kerana tidak sesuai bagi orang awam berada di lokasi pencarian SAR.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengetuai operasi itu, akan menentukan siapa akan dibenarkan masuk ke kawasan pencarian untuk membantu mereka.

“Kalau tidak ia akan menyebabkan keadaan lebih kucar-kacir kerana kawasan pencarian yang luas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) memaklumkan hasil perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya media rasmi kerajaan dibenarkan memasuki ke lokasi pencarian hingga ke zon merah bagi merakam foto sepanjang operasi SAR, mulai malam semalam.

Bagaimanapun, katanya hari ini JaPen dan PDRM akan mengeluarkan jadual bagi membenarkan penggiliran jurugambar daripada agensi media lain untuk turun ke lokasi.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Dato’ Norazam Khamis berkata, larangan untuk sukarelawan atau NGO berada di tapak SAR adalah demi kebaikan dan keselamatan mereka memandangkan keadaan di kawasan tersebut berbahaya dan berisiko.

Bagaimanapun, beliau berkata NGO dan sukarelawan boleh menghulurkan bantuan di luar kawasan operasi yang dibenarkan, iaitu di luar kawasan yang dikategorikan zon merah.

Bacaaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2148811

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Orang Awam Tak Sesuai Masuk Ke Kawasan Sar

ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2022 4.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM