Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Operasi Banteras Sindiket Dadah Antarabangsa Sentiasa Dilaksanakan Kpn

Published: 18 Nov 2025 8.47 AM Updated: 15 Aug 2026 6.48 PM
Tawau, 18 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan operasi memerangi sindiket kartel dadah antarabangsa, namun kebanyakan operasi tidak dihebahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-operasi-banteras-sindiket-dadah-antarabangsa-sentiasa-dilaksanakan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:22 MYT
Tawau, 18 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan operasi memerangi sindiket kartel dadah antarabangsa, namun kebanyakan operasi tidak dihebahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Beliau berkata operasi secara konsisten itu tidak digembar-gemburkan bagi memastikan strategi pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berkata PDRM aktif menjalinkan kerjasama dengan agensi luar negara seperti Polis Persekutuan Australia yang sentiasa memberikan bantuan bernilai dalam memastikan kejayaan operasi pencegahan dadah.

“Kerjasama kami dengan 'friendly services' dan juga negara-negara yang berkaitan sentiasa berterusan.

“Sebab itu kami berjaya membanteras banyak kes-kes melibatkan dadah sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan juga Sarawak,” katanya pada sidang media sempena Op Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut;

Sumber: BERNAMA

Operasi Banteras Sindiket Dadah Antarabangsa Sentiasa Dilaksanakan
ArticlePublished 18 Nov 2025 8.47 AMUpdated 15 Aug 2026 6.48 PM