Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri 6 132 Anggota Urb Mpv Diatur Gerak

Published: 16 Mar 2026 1.33 AM Updated: 15 Aug 2026 6.51 PM
Petaling Jaya, 15 Mac 2026 - Seramai 6,132 anggota unit rondaan bermotosikal (URB) dan unit kereta peronda (MPV) ditugaskan sepanjang Op Selamat 26 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Mac ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-26-hari-raya-aidilfitri-6-132-anggota-urb-mpv-diatur-gerak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
 
Petaling Jaya, 15 Mac 2026 - Seramai 6,132 anggota unit rondaan bermotosikal (URB) dan unit kereta peronda (MPV) ditugaskan sepanjang Op Selamat 26 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Mac ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, operasi tersebut turut melibatkan 3,375 aset kenderaan terdiri daripada MPV dan URB.

Menurutnya, sebanyak 1,643 unit MPV dengan kekuatan 4,332 anggota akan digerakkan di seluruh kontinjen bagi menjalankan rondaan serta pemantauan kawasan berisiko jenayah.

“Selain itu, sebanyak 1,732 unit motosikal URB bersama 1,800 anggota turut digerakkan bagi meningkatkan rondaan dan pemantauan keselamatan.

“Sebanyak 22 kenderaan MPV turut dipinjamkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk pemantauan kawasan blackspot kemalangan serta lokasi yang sering mengalami kesesakan jalan raya,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Sumber: Kosmo

Artikel Pilihan Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri 6 132 Anggota Urb Mpv Diatur Gerak

ArticlePublished 16 Mar 2026 1.33 AMUpdated 15 Aug 2026 6.51 PM