Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 22 Polis Pantau 122 Lokasi Panas Kemalangan

Published: 07 Apr 2024 10.01 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pada Jumaat lalu, pihak konsesi lebuh raya merekodkan 2.12 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) manakala bagi Lebuh Raya Karak, ia merekodkan hampir 300,000 kenderaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-22-polis-pantau-122-lokasi-panas-kemalangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2024 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi Ops Selamat memantau 122 lokasi di seluruh negara yang direkodkan kerap berlaku kemalangan, terutamanya membabitkan kematian.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pada Jumaat lalu, pihak konsesi lebuh raya merekodkan 2.12 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) manakala bagi Lebuh Raya Karak, ia merekodkan hampir 300,000 kenderaan.

"Lokasi kemalangan ini membabitkan 46 di lebuh raya dan 76 di Jalan Persekutuan.

"Kami nasihati semua pengguna supaya merancang terlebih dahulu pergerakan pulang ke kampung halaman, terutama perjalanan jauh.

"Jika perjalanan biasa sepatutnya mengambil masa tiga jam namun bertambah pada ketika ini, maka perancangan semula perlu dibuat seperti ubah waktu pergerakan atau kenal pasti lokasi perhentian untuk berehat jika perlu menempuh perjalanan melebihi masa perjalanan biasa," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-pantau-122-lokasi...

Sumber: Berita Harian

Gambar hiasan
ArticlePublished 07 Apr 2024 10.01 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM