Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Nafi Individu Jadi Sasaran Ejen Israel Dalam Tahanan Polis Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.
Kuala Lumpur, 7 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan individu yang menjadi sasaran lelaki ejen Israel ditahan baru-baru ini berada dalam tahanan polis.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.
"Saya tidak sahkan ini (berita tersebut). Media itu guna sumber (daripada) mana ni?," katanya membalas mesej ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.
Terdahulu, sebuah agensi media mendakwa sasaran ejen Israel yang masuk ke Malaysia, Eran Haya berada dalam tahanan polis.