Artikel
Artikel Pilihan Op Selamat 20 Hampir Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sebelah Utara Menjelang Aidilfitri
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata jumlah itu termasuk kenderaan yang akan melalui Kedah untuk ke Perlis dan Pantai Tim
Bukit Kayu Hitam, 19 April 2023 - Hampir dua juta kenderaan dijangka memasuki negeri sebelah Utara menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata jumlah itu termasuk kenderaan yang akan melalui Kedah untuk ke Perlis dan Pantai Timur.
“Seramai 220 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik ditugaskan untuk memastikan kawalan lalu lintas di seluruh Kedah berjalan lancar dan akan turut dibantu 89 anggota polis daripada elemen yang berlainan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada petugas di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (Martak PGA) di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA