Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 20 Hampir Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sebelah Utara Menjelang Aidilfitri

Published: 19 Apr 2023 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 2.24 AM
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata jumlah itu termasuk kenderaan yang akan melalui Kedah untuk ke Perlis dan Pantai Tim
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-20-hampir-dua-juta-kenderaan-dijangka-masuk-negeri-sebelah-utara-menjelang-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Bukit Kayu Hitam, 19 April 2023 - Hampir dua juta kenderaan dijangka memasuki negeri sebelah Utara menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata jumlah itu termasuk kenderaan yang akan melalui Kedah untuk ke Perlis dan Pantai Timur.

“Bagi penugasan Op Selamat kali ini, kita memberi tumpuan lebih di lokasi ‘blackspot’ yang kerap berlaku kemalangan. Terdapat 13 lokasi telah dikenal pasti iaitu masing-masing dua lokasi di daerah Kuala Muda, Baling dan Kulim/Bandar Baharu manakala tujuh lokasi di daerah Sik.

“Seramai 220 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik ditugaskan untuk memastikan kawalan lalu lintas di seluruh Kedah berjalan lancar dan akan turut dibantu 89 anggota polis daripada elemen yang berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada petugas di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (Martak PGA) di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2182970

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 19 Apr 2023 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 2.24 AM