Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 20 12 407 Kemalangan Direkodkan Sepanjang Operasi

Published: 12 May 2023 1.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Mei 2023 - Sebanyak 12,407 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Op Selamat 20/2023 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 20 hingga 27 April lepas, iaitu meningkat 0.1 peratus atau 11 kes berbanding 12,396 kemalangan pada Op Selamat 18/2022.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-20-12-407-kemalangan-direkodkan-sepanjang-operasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:13 MYT
Kuala Lumpur, 12 Mei 2023 - Sebanyak 12,407 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Op Selamat 20/2023 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 20 hingga 27 April lepas, iaitu meningkat 0.1 peratus atau 11 kes berbanding 12,396 kemalangan pada Op Selamat 18/2022.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus iaitu 140 kes pada Op Selamat kali ini berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu 139 kes, manakala jumlah kematian yang direkodkan pada kali ini sebanyak 146 kes berbanding 145 kes pada Op Selamat 18/2022.

“Penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama bagi kes kematian yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini dengan mencatatkan angka korban tertinggi iaitu 94 kematian.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan kematian daripada 85 kematian yang dicatatkan semasa kempen Op Selamat 18/2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata antara punca kes kemalangan maut disebabkan oleh kecuaian iaitu terbabas sendiri sebanyak 44 kes, diikuti memasuki laluan bertentangan (20 kes) dan keletihan/mengantuk (20 kes).

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 12 May 2023 1.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM