Article
Artikel Pilihan Op Selamat 19 Polis Guna Dron Pantau Kelancaran Lalu Lintas
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op...
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op Selamat 19, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
“Penempatan pasukan dron akan memudahkan segala input disalurkan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mulai hari ini dijangkakan sebanyak 170,000 kenderaan akan berada di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, 60,000 di Lebuhraya Pantai Timur 1, manakala dua juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.
“PDRM menyarankan pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, berhenti di kawasan rehat dan rawat hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya,” katanya.
