Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Selamat 19 Polis Guna Dron Pantau Kelancaran Lalu Lintas

Diterbitkan: 25 Jan 2023 6.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op Selamat 19, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-19-polis-guna-dron-pantau-kelancaran-lalu-lintas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT
Kuala Lumpur, 21 Januari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op Selamat 19, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, pasukan itu ditempatkan di sektor lebuh raya utara, timur dan selatan bagi membantu polis memantau keadaan lalu lintas di lokasi-lokasi titik panas yang dikenal pasti.

“Penempatan pasukan dron akan memudahkan segala input disalurkan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mulai hari ini dijangkakan sebanyak 170,000 kenderaan akan berada di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, 60,000 di Lebuhraya Pantai Timur 1, manakala dua juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

“PDRM menyarankan pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, berhenti di kawasan rehat dan rawat hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya,” katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2158202

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Op Selamat 19 Polis Guna Dron Pantau Kelancaran Lalu Lintas


ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2023 6.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM