Artikel
Artikel Pilihan Op Selamat 19 Lebih 1 400 Kemalangan Hari Kelima Op Selamat 19
Kuala Lumpur, 23 Januari 2023 - Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam.
Kuala Lumpur, 23 Januari 2023 - Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,724 kenderaan dengan kereta mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu 1,310 kes, diikuti pacuan empat roda dengan 230 kes, motosikal (144), lori (17), bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan ambulans (satu).
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.
"Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya selain mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sumber: BERNAMA