Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Selamat 18 4 5 Juta Kenderaan Dijangka Kembali Ke Ibu Kota Hari Ini

Diterbitkan: 05 May 2022 11.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Sebanyak 4.5 juta kenderaan dianggarkan akan memasuki ibu kota hari ini selepas masing-masing pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-18-4-5-juta-kenderaan-dijangka-kembali-ke-ibu-kota-hari-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:27 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Sebanyak 4.5 juta kenderaan dianggarkan akan memasuki ibu kota hari ini selepas masing-masing pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri Isnin lalu. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu 1.2 juta pengguna dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). "Semalam berlaku peningkatan trafik sebanyak 2.65 peratus di seluruh lebuh raya iaitu 3.59 juta dilaporkan mula masuk ke ibu kota. "Pada dasarnya berlaku trend pergerakan pulang ke ibu kota bermula semalam," katanya. Namun katanya, aliran trafik dalam tempoh empat hari ini belum mencecah 5.5 juta seperti yang berlaku pada 29 April lalu.
"Dijangka berlaku peningkatan aliran luar biasa bermula esok sehingga Ahad ini. JSPT sudah membuat persiapan menerusi Op Lancar dengan koordinasi di setiap kontinjen dan daerah," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../45-juta-kenderaan-dijangka...
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Op Selamat 18 4 5 Juta Kenderaan Dijangka Kembali Ke Ibu Kota Hari Ini
ArtikelDiterbitkan 05 May 2022 11.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM