Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Selamat 18 28 Maut Kemalangan Jalan Raya Pada Hari Pertama Syawal Timbalan Kpn

Diterbitkan: 04 May 2022 6.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-18-28-maut-kemalangan-jalan-raya-pada-hari-pertama-syawal-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:25 MYT
Kuala Lumpur, 4 Mei 2022 - Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

"Angka kematian kelmarin merupakan yang tertinggi direkodkan sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April lepas, berbanding 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April dan 20 kematian pada 1 Mei," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dato’ Razarudin berkata, secara keseluruhan 76 kematian direkodkan sejak operasi itu dilancarkan sehingga semalam, dengan Selangor merekodkan kes kemalangan maut tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).

"Sebanyak 29 kematian direkodkan akibat kemalangan maut yang berlaku di jalan Persekutuan, jalan negeri (21), jalan bandaran (sembilan), lebuh raya (tujuh) dan lain-lain jalan (10),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 211,235 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dengan 81,753 saman kerana memandu melebihi had laju.

Sumber: BERNAMA

28 maut kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal
ArtikelDiterbitkan 04 May 2022 6.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM