
Artikel
Artikel Pilihan Op Selamat 18 135 Kemalangan Maut 141 Kematian Timbalan Kpn
Sumber: Berita Harian Online
Kuala Lumpur, 7 Mei 2022 - Sebanyak 135 kemalangan maut membabitkan 141 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh lapan hari Op Selamat 18 dilancarkan.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain, berkata bagi tempoh sama juga sebanyak 12,985 kemalangan dilaporkan di seluruh negara.
"Statistik kemalangan Op Selamat 18 meningkat, berbanding Op Selamat 15 pada 2019 yang mencatatkan 12,500 kemalangan iaitu 128 daripadanya membabitkan kemalangan maut dengan 136 kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dato' Razarudin berkata, penunggang dan pembonceng motosikal menjadi penyumbang kematian tertinggi iaitu sebanyak 88 kes.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-selamat-18-135...