Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 18 113 Maut Kemalangan Jalan Raya Sepanjang Enam Hari Operasi

Published: 05 May 2022 1.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Sebanyak 113 kes kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam Op Selamat setakat semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-18-113-maut-kemalangan-jalan-raya-sepanjang-enam-hari-operasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:11 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Sebanyak 113 kes kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam Op Selamat setakat semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain. Beliau berkata, sepanjang enam hari Op Selamat yang dilancarkan pada 29 April lalu sempena musim perayaan Aidilfitri itu juga, sejumlah 9,816 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara.

Pada hari pertama operasi berkenaan, sebanyak 2,140 kemalangan direkodkan membabitkan 10 kematian dalam 10 kemalangan maut manakala pada semalam sahaja (hari keenam) sebanyak 1,455 kemalangan direkodkan membabitkan 24 kemalangan maut dengan 24 kematian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 72 kematian, diikuti 30 pemandu dan penumpang kereta, enam pejalan kaki, dua kematian melibatkan pemandu dan penumpang van, dua kematian pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda serta satu pemandu atau penumpang teksi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 05 May 2022 1.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM