Artikel
Artikel Pilihan Op Lancar Rondaan Polis Trafik Di Lokasi Hotspot Atasi Kesesakan Nahas
Kuala Lumpur, 28 Jun 2023 - Kehadiran dan rondaan kerap oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota trafik di lapangan antara tindakan yang telah dijalank...
Kuala Lumpur, 28 Jun 2023 - Kehadiran dan rondaan kerap oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota trafik di lapangan antara tindakan yang telah dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi melancarkan aliran trafik di kawasan panas kesesakan bermula semalam hingga Ahad ini.
“Kesesakan aliran kenderaan dikenalpasti berpunca dari aliran keluar kenderaan yang tinggi sempena cuti sekolah hari ini dan sambutan Hari Raya Aidiladha esok.
“Bagi memastikan trafik sentiasa lancar di kawasan-kawasan kesesakan itu, kita akan mempertingkatkan lagi elemen rondaan bermotosikal dan kehadiran anggota trafik untuk menyuraikan aliran trafik dan mengatasi kesesakan,” katanya hari ini.
Sumber: Malaysia Gazette
