Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Kontraban Pga Rampas Lebih Rm1 Juta Rokok Seludup

Published: 22 Aug 2021 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6, PGA Bakri, DSP Salehin Suleiman berkata, pemeriksaan pada jam 4.30 petang di hadapan sebuah premis di taman itu turut menahan pemandu lori warga tempatan berusia 22 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-kontraban-pga-rampas-lebih-rm1-juta-rokok-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:30 MYT
Batu Pahat, 22 Ogos 2021 - Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri merampas 884,400 batang rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta selepas pemeriksaan sebuah lori di Taman Berlian di sini pada Jumaat.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6, PGA Bakri, DSP Salehin Suleiman berkata, pemeriksaan pada jam 4.30 petang di hadapan sebuah premis di taman itu turut menahan pemandu lori warga tempatan berusia 22 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori jenis Hicom dan sebuah van jenis Toyota Hiace mengandungi kotak berisi pelbagai jenis rokok disyaki rokok seludup.

"Nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM1,194,194," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam dan suspek direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../PGA-rampas-lebih-RM1...

Sumber: Sinar Harian

PGA rampas lebih RM1 juta rokok seludup
ArticlePublished 22 Aug 2021 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM