Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Khazanah Usaha Kerajaan Pulihara Alam Sekitar Pada 2019 Raih Anugerah Global

Diterbitkan: 17 Feb 2021 2.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Usaha kerajaan Malaysia melindungi alam sekitar berjaya meraih anugerah bertaraf antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-khazanah-usaha-kerajaan-pulihara-alam-sekitar-pada-2019-raih-anugerah-global
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:10 MYT
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Usaha kerajaan Malaysia melindungi alam sekitar berjaya meraih anugerah bertaraf antarabangsa.

Dua inisiatif kerajaan diiktiraf dengan Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia Ke-5 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Interpol dan Pertubuhan Kastam Sedunia untuk mengangkat kejayaan dalam membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan.

Antara inisiatif yang diiktiraf termasuk Kempen Selamatkan Harimau Malaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada 2019.

“Melalui kempen ini, Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) untuk melindungi harimau Malaya daripada pemburu haram dan meningkatkan pengawalan di kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan media oleh Program Alam Sekitar PBB hari ini.

Melalui operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menahan 87 penjenayah terlibat dengan kesalahan membabitkan hidupan liar manakala 460 jerat dawai untuk tangkapan hidupan liar dimusnahkan.

Selain Perhilitan dan PDRM, beberapa agensi kerajaan lain serta badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat.

Operasi itu yang berjaya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak meraih anugerah berkenaan dalam kategori ‘Impak’.

Manakala bagi kategori ‘Kolaborasi’, usaha kerajaan membanteras isu sisa plastik pada 2019 turut diiktiraf badan dunia.

Hasil kerjasama antara Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan pihak berkuasa dari United Kingdom, sebanyak 42 kontena mengandungi sisa plastik yang diimport secara haram dipulangkan pada November 2019.

“Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk menangani kebimbangan bahawa negara itu antara pengimport sisa plastik terbesar di dunia,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejayaan inisiatif tersebut, lebih 200 kontena sisa plastik telah dipulangkan ke negara asal manakala beberapa kilang pemprosesan sisa plastik berjaya ditutup oleh pihak berkuasa.

Penganugerahan tersebut disampaikan oleh United Nation Environmental Programme (UNEP) yang berlangsung secara maya dari Bangkok, Thailand pada jam 6.30 petang tadi, turut disertai oleh wakil-wakil penerima anugerah bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Sumber: Astro Awani

May be an image of 1 person, screen and text that says 'Viewing Georgin Leila Lloyd. ç”° Layout Ladies Gentlemen's, ම DHAK Q colleagues.On behal

May be an image of 4 people, people standing, people sitting, indoor and text that says 'OP COVID-19 POLIS DIRAJA MALAYSIA DAY 337 h 順 C'

May be an image of 2 people, people sitting and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person, sitting and text
ArtikelDiterbitkan 17 Feb 2021 2.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM