Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Dadu Pdrm Serbu 826 Premis Judi Tahan 1 355 Individu Pengarah Jsj

Diterbitkan: 03 Feb 2022 1.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu 826 premis judi dalam talian di seluruh negara dalam Op Dadu Khas sejak 15 Januari sehingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-dadu-pdrm-serbu-826-premis-judi-tahan-1-355-individu-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:30 MYT
Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu 826 premis judi dalam talian di seluruh negara dalam Op Dadu Khas sejak 15 Januari sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan berkata dalam tempoh berkenaan juga pihaknya telah menahan 1,355 individu terdiri daripada penjaga premis dan pemain.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 2,558 komputer riba dan wang tunai berjumlah kira-kira RM189,000.

Menurutnya, melalui risikan pihaknya turut mendapati terdapat sindiket-sindiket judi menggunakan nama pihak atasan PDRM bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk berjudi.

"Saya hendak beritahu di sini, PDRM tidak pernah memberi kebenaran untuk mana-mana premis judi dalam talian ini beroperasi, sindiket perjudian ini berbuat demikian bagi menarik pelanggan berjudi dan memberikan rasa selamat kepada pelanggan mereka ketika berjudi.

"Malah untuk Tahun Baharu Cina ini juga kita ada terima maklumat terdapat penganjur yang menggunakan nama ketua polis balai dan ketua polis daerah mengatakan mereka diberi lampu hijau untuk menganjurkan aktiviti," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2022 1.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM