Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Obk Lebih 1 000 Lesen Memiliki Raifal Dibatalkan Untuk Kekang Pemburu Haram Kpn

Published: 12 Mar 2023 10.50 AM Updated: 17 Jul 2026 2.24 AM
Jerantut, 12 Mac 2023 - Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal, dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2020, dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-obk-lebih-1-000-lesen-memiliki-raifal-dibatalkan-untuk-kekang-pemburu-haram-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:08 MYT
Jerantut, 12 Mac 2023 - Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal, dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2020, dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pembatalan itu dibuat berikutan raifal adalah senjata api paling kerap digunakan dalam kalangan pemburu haram.

"Sejak beberapa tahun lepas, kita ada membatalkan lesen pemilikan dan merampas senjata api dalam usaha membanteras pemburuan haram dan untuk tahun ini, kita telah merampas senjata yang berkaitan dengan pemburuan harimau di Gua Musang, Kelantan," katanya.

Tan Sri Acryl Sani berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Zazuli Johan di Taman Negara di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lebih-1000-lesen-miliki...

Sumber: Berita Harian Online
ArticlePublished 12 Mar 2023 10.50 AMUpdated 17 Jul 2026 2.24 AM