Artikel
Artikel Pilihan Obk Lebih 1 000 Lesen Memiliki Raifal Dibatalkan Untuk Kekang Pemburu Haram Kpn
Jerantut, 12 Mac 2023 - Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal, dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2020, da...
Jerantut, 12 Mac 2023 - Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal, dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2020, dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram.
"Sejak beberapa tahun lepas, kita ada membatalkan lesen pemilikan dan merampas senjata api dalam usaha membanteras pemburuan haram dan untuk tahun ini, kita telah merampas senjata yang berkaitan dengan pemburuan harimau di Gua Musang, Kelantan," katanya.
Tan Sri Acryl Sani berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Zazuli Johan di Taman Negara di sini hari ini.
Sumber: Berita Harian Online