Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Obk Enam Ditahan Cubaan Lombong Ree Emas Secara Haram Di Taman Negara Kelantan

Diterbitkan: 21 Oct 2024 1.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menghalang cubaan melombong unsur nadir bumi (REE) dan emas secara haram berhampiran Taman Negara Kelantan pada Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-obk-enam-ditahan-cubaan-lombong-ree-emas-secara-haram-di-taman-negara-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menghalang cubaan melombong unsur nadir bumi (REE) dan emas secara haram berhampiran Taman Negara Kelantan pada Jun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, enam individu ditahan terdiri daripada tiga lelaki warganegara Myanmar, satu lelaki warganegara Thailand dan dua lelaki warganegara tempatan.
Menurutnya, turut dirampas jentera dan peralatan melombong dianggarkan bernilai kira-kira RM700,000 yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.
“Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) kini lebih menyeluruhkan membabitkan operasi kegiatan melombong REE secara haram di beberapa negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat OBK yang dihadiri Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tuan Ribuan Abdullah di Mutiara Resort Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../obk-enam-ditahan-cubaan.../

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Pilihan Obk Enam Ditahan Cubaan Lombong Ree Emas Secara Haram Di Taman Negara Kelantan
ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2024 1.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM