Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Mudahnya Tipu Rakyat Malaysia Kita Tak Cerdik

Diterbitkan: 07 Feb 2020 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kerap kali, malah saban hari kita dihidangkan baik di dada akhbar atau portal berita dengan kisah masyarakat menjadi mangsa penipuan atau dalam kata lain wang simpanan lesap. Kerugian mereka bukan ribuan atau puluhan ribu ringgit, tetapi ada juga mencecah ratusan ribu mahupun jutaan ringgit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mudahnya-tipu-rakyat-malaysia-kita-tak-cerdik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:53 MYT

Kerap kali, malah saban hari kita dihidangkan baik di dada akhbar atau portal berita dengan kisah masyarakat menjadi mangsa penipuan atau dalam kata lain wang simpanan lesap. Kerugian mereka bukan ribuan atau puluhan ribu ringgit, tetapi ada juga mencecah ratusan ribu mahupun jutaan ringgit.

Memetik kata-kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad pada sidang media di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

“Golongan mangsa bukannya calang-calang...ada yang doktor, pensyarah perubatan. Semuanya terkena dengan penipuan scammer, malah ada yang membuat transaksi mencecah RM12 juta,” katanya.

Secara logik, kita pasti sukar untuk mempercayai bagaimana mudahnya wang simpanan dikeluarkan dan dipindahkan ke akaun pihak lain yang tidak dikenali, selain tidak pernah pun bersua muka.

Tetapi, sindiket penipuan ini licik kerana mereka menggunakan taktik ‘menekan’ mangsa secara psikologi kononnya terbabit dalam kesalahan jenayah atau mempunyai masalah kewangan.

Dalam keadaan itu, mangsa sama ada berpelajaran tinggi atau sebaliknya akan terkejut atau panik lalu melayan dan mengikut saja arahan si penipu terbabit.

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan nilai kerugian akibat kes jenayah komersial mencecah RM6.2 bilion dengan 25,000 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga Disember tahun lalu.

Malah, sepanjang tempoh sama, polis menahan 15,000 individu di mana 65 peratus kes jenayah itu membabitkan pinjaman tidak wujud Macau Scam, Love Scam dan African Scam.

Berdasarkan siasatan polis mendapati scammer ini bekerja dalam keadaan mudah dengan hanya menggunakan Internet atau telefon sebagai medium untuk mencari mangsanya. Hanya berinteraksi melalui alam maya, sindiket penipuan itu mampu mencari mangsa termasuk golongan profesional.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Artikel Pilihan Mudahnya Tipu Rakyat Malaysia Kita Tak Cerdik
ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2020 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM