Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Media Perlu Lebih Bertanggungjawab Kpn

Published: 08 Aug 2024 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
ARTIKEL PILIHAN: MEDIA PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - KPN
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-media-perlu-lebih-bertanggungjawab-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:21 MYT
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meminta semua pihak khususnya pengamal media supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak menyiarkan berita yang tidak diketahui atau diragui kesahihannya.

Beliau mengakui perkembangan pesat teknologi menyebabkan timbul persaingan dan mendorong media menyiarkan laporan semasa secara lebih pantas, namun ia seharusnya tidak melangkaui sempadan etika kewartawanan.

"Perkembangan teknologi menyebabkan wujudnya pelbagai media termasuk portal sehingga mungkin berlaku persaingan 'siapa' keluar berita dahulu atau sebagainya.
"Bagaimanapun, kita menasihatkan orang ramai, terutama pihak media bagi memastikan berita yang dilaporkan daripada pihak yang berkaitan membabitkan sesuatu isu dan bukannya memetik 'sumber' yang tidak tahu sahih atau tidak.

"Hal ini banyak berlaku kebelakangan ini, mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini dan terbaharu isu yang menyentuh pengurusan serta dalaman PDRM," katanya kepada media, semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../media-perlu-lebih...

Artikel Pilihan Media Perlu Lebih Bertanggungjawab Kpn
ArticlePublished 08 Aug 2024 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM