Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Mat Pet Libas Polis Dengan Parang Ditahan

Published: 05 Apr 2023 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Puteh, 5 April 2023 - Seorang penagih dadah bertindak agresif dengan melibas sebilah parang ke arah anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Bukit Merbau, Selising di sini pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mat-pet-libas-polis-dengan-parang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:21 MYT
Pasir Puteh, 5 April 2023 - Seorang penagih dadah bertindak agresif dengan melibas sebilah parang ke arah anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Bukit Merbau, Selising di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, suspek yang berusia 41 tahun dikatakan enggan memberikan kerjasama semasa ditahan dan telah bertindak agresif kepada sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria bagaimanapun berkata, anggota bertugas berjaya mengelak daripada terkena libasan parang tersebut.

"Suspek kemudiannya telah berjaya diberkas setelah berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota serbuan.

"Hasil pemeriksaan terhadap beg silang yang berada di tubuh suspek telah menjumpai 150 biji pil kuda berwarna merah dan satu botol plastik yang mengandungi hirisan daun-daun kering dipercayai dadah," katanya dalam satu kenyataan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../mat-pet-libas-polis...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 05 Apr 2023 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM