Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Masuk Kita Tangkap Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 20 Nov 2023 12.15 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Shah Alam, 20 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana cubaan menerobos masuk ke negara ini secara haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-masuk-kita-tangkap-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT
Shah Alam, 20 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana cubaan menerobos masuk ke negara ini secara haram.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak sedemikian.

"Sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini secara tidak sah dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI), dalam soal ini sememangnya kita tidak berkompromi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemungkinan wujudnya cubaan kemasukan kira-kira 600 warga Rohingya ke negara ini selepas kapal dinaiki mereka dihalang untuk mendarat di Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Dato’ Sri Hazani berkata, tahap kesiapsiagaan PDRM dalam memastikan keadaan pesisiran pantai negara ketika ini sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Soal kesiapsediaan itu sentiasa kita utamakan, ini dapat dilihat menerusi beberapa operasi dan siri tangkapan yang kita jalankan.

"PDRM sentiasa memastikan mana-mana cubaan mendaratkan PATI ini digagalkan demi kedaulatan negara," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://www.sinarharian.com.my/article/635465/berita/semasa/masuk-kita-tangkap--pdrm?fbclid=IwAR1avvbEemHE5WveB99hG-MceD3X_ca49lna6Hf_JOvli6xhGZJ9Z3QC_Cg
ArticlePublished 20 Nov 2023 12.15 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM