Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Phone Scam Tujuh Lelaki Warga Jepun Ditahan Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 20 Nov 2023 12.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 November 2023 - Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau “Phone Scam” dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, 13 November lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-phone-scam-tujuh-lelaki-warga-jepun-ditahan-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:52 MYT
Kuala Lumpur, 20 November 2023 - Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau “Phone Scam” dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, 13 November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan kesemua suspek berusia 23 hingga 41 tahun itu dibuat selepas menerima laporan daripada pihak Kedutaan Jepun di Malaysia pada hari sama.

“Pihak Kedutaan Jepun memaklumkan mereka menerima aduan (daripada) seorang warganya yang ditipu dengan tawaran pekerjaan di Malaysia dan hanya mengetahui menjadi mangsa penipuan selepas tiba di negara ini dengan tawaran berkerja sebagai scammer.

“Sindiket ini menjalankan kegiatan “Phone Scam” menggunakan aplikasi Skype dengan menyasarkan warga Jepun," katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Dato’ Sri Ramli berkata, siasatan lanjut juga mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan menyamar sebagai pegawai bank bagi memperdayakan mangsa bahawa akaun bank mereka mempunyai masalah dan perlu membuat bayaran ke akaun bank sindiket bagi menyelesaikannya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan BERNAMA

May be an image of 1 person, dais and text that says 'ANG JE tvs BERIT'

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'ANG JE tvs BERIT'

May be an image of 4 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2023 12.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM