Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Masalah Mental Sumbang Jenayah Seks Babit Kanak Kanak

Diterbitkan: 21 May 2024 12.53 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dilihat semakin membimbangkan susulan banyak kes jenayah seks membabitkan kanak-kanak bawah umur direkodkan sejak kebelakangan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-masalah-mental-sumbang-jenayah-seks-babit-kanak-kanak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 - Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dilihat semakin membimbangkan susulan banyak kes jenayah seks membabitkan kanak-kanak bawah umur direkodkan sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, perkembangan ini jelas menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk Polis Diraja Malaysia sendiri.

"Terbaharu, satu kes yang merunsingkan kita adalah kes jenayah seks membabitkan kanak-kanak usia seawal lima tahun. Dia bukan didera, bukan dipaksa untuk melakukannya. Ini bukan sakit fizikal, tetapi (sakit) mental.
"Saya lihat hari ini masalah kesihatan mental kanak-kanak harus dilihat dan dikaji secara bersama oleh masyarakat, ini kerana kita tiada "outlet" (tempat khas) untuk rawat, pulihkan mereka," katanya pada Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

Dato' Sri Mohd Shuhaily berkata, kanak-kanak bermasalah sedemikian akan terus membesar dan berada dalam masyarakat yang mana ini akan dikhuatiri menimbulkan masalah lebih serius jika ia tidak ditangani dengan lebih awal.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Masalah Mental Sumbang Jenayah Seks Babit Kanak Kanak
ArtikelDiterbitkan 21 May 2024 12.53 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM