Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Mansuh Hukuman Mati Mandatori Tidak Jejas Tugas Polis Mdn

Published: 11 Jun 2022 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Baling, 11 Jun 2022 - Langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tidak akan memberi kesan terhadap tugas polis dalam melaksanakan penguatkuasaan terutama melibatkan jenayah berat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mansuh-hukuman-mati-mandatori-tidak-jejas-tugas-polis-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:16 MYT
Baling, 11 Jun 2022 - Langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tidak akan memberi kesan terhadap tugas polis dalam melaksanakan penguatkuasaan terutama melibatkan jenayah berat. Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya menyokong langkah itu dan menegaskan penguatkuasaan polis dan siasatan semua jenis kes termasuk jenayah berat berjalan seperti biasa.

"Kita, polis sendiri pun memikirkan bahawa mungkin ada baiknya jika ada kelonggaran dari segi hukuman mati mandatori ini. Sebab kalau kita nak mengambil sesuatu tindakan itu kadang-kadang ada bukti tapi ia "on a thin line".

"Hukuman mati masih lagi ada, cuma kalau ada satu-satu kesalahan, biarlah hakim yang menentukan sama ada orang itu harus diberikan hukuman gantung ataupun hukuman penjara seumur hidup," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2090029#

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 11 Jun 2022 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM