Article
Artikel Pilihan Mangsa Banjir Boleh Buat Laporan Polis Di Luar Kawasan
Petaling Jaya, 22 Disember 2021 - Orang ramai yang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan Selangor boleh membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan...
Petaling Jaya, 22 Disember 2021 - Orang ramai yang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan Selangor boleh membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda yang dialami mereka di balai-balai di luar kawasan yang terjejas.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, pihaknya mengambil maklum mengenai kesesakan di balai polis kawasan-kawasan terjejas memandangkan ramai mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Justeru, kata beliau, laporan polis boleh dilakukan di balai di luar kawasan yang terjejas tanpa bersesak ke satu balai sahaja.
“Kita juga akan memaklumkan alternatif lain dalam masa terdekat ini bagi memudahkan mangsa banjir yang terlibat membuat laporan kerosakan mereka.
Terdahulu, rata-rata mangsa banjir dalam media sosial memohon Polis Diraja Malaysia agar menyediakan kemudahan untuk membuat laporan secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda yang dialami akibat banjir.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
Sumber: Utusan Malaysia