Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Macau Scam Judi Dalam Talian Kertas Siasatan Babit Pegawai Anggota Polis Akan Dibuka Kpn

Published: 19 Nov 2020 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Kertas siasatan pembabitan pegawai kanan dan anggota polis yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, akan dibuka berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-macau-scam-judi-dalam-talian-kertas-siasatan-babit-pegawai-anggota-polis-akan-dibuka-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:00 MYT

Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Kertas siasatan pembabitan pegawai kanan dan anggota polis yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, akan dibuka berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya ketika ini sedang menunggu maklumat lanjut daripada SPRM untuk melengkapkan siasatan kes itu.

“Saya masih tunggu maklumat daripada SPRM (dan) apabila memperolehi maklumat itu maka kami akan meneruskan dengan siasatan seterusnya.

“Ketika ini pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kaitan dengan Macau Scam dan judi dalam talian itu ditempatkan di jawatan yang tidak sensitif namun itu tidak bermakna ia berhenti di situ saja. Saya akan mempertimbangkan tindakan lanjut apabila dapat maklumat,” katanya kepada BERNAMA.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1902952

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 19 Nov 2020 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM