
Artikel
Artikel Pilihan Long Tiger Akan Dituduh 19 Januari Ini Timbalan Kpn
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses per...
Johor Bahru, 16 Januari 2022 - Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Januari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Razarudin Husain berkata Abdul Hamim Ab Hamid, 32 tahun, akan dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan, selepas tamat menjalani reman.
“Ya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Tangkak pada 19 Januari ini. Pertuduhan ini kerana melarikan diri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah Long Tiger akan dituduh selepas menjalani reman bermula 5 Januari lepas dan berakhir pada 18 Januari ini, di Penjara Sungai Udang, Melaka.
Pada 15 Disember lepas, Abdul Hamim meloloskan diri menerusi pintu utama mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada pukul 11.55 pagi, namun dia berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Disember lalu.
Sumber: BERNAMA