Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Letak Integriti Elemen Utama Dalam Diri Timbalan Kpn

Diterbitkan: 17 Jan 2024 12.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Integriti merupakan elemen utama yang perlu ditanam dalam diri setiap masyarakat terutama menjayakan agenda negara menentang budaya rasuah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-letak-integriti-elemen-utama-dalam-diri-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:43 MYT
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Integriti merupakan elemen utama yang perlu ditanam dalam diri setiap masyarakat terutama menjayakan agenda negara menentang budaya rasuah.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seluruh lapisan masyarakat diminta untuk menyematkan diri dengan pegangan utuh terhadap amalan integriti tinggi.

Beliau berkata, integriti bukan sahaja perlu disemai dalam diri, malah dipraktikkan dalam sistem sesebuah organisasi atau syarikat supaya rasuah serta sebarang penyelewengan dapat diatasi sebaiknya.

"Perkara keduanya adalah keberanian, dalam usaha kita memerangi budaya rasuah dan membuat perubahan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Integriti Edgenta 2024 di Menara UEM, Bangsar South, dekat sini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/.../letak-integriti-elemen...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2024 12.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM