Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Warga Nepal Pukul Pengawal Keselamatan Ditahan

Diterbitkan: 04 Aug 2020 4.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Ogos - Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki terlibat dengan insiden memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama seperti yang tular dalam satu rakaman video pada 31 Julai lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-warga-nepal-pukul-pengawal-keselamatan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT

#PKPP #COVID-19

Kuala Lumpur, 4 Ogos - Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki terlibat dengan insiden memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama seperti yang tular dalam satu rakaman video pada 31 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata penahanan individu berumur 34 tahun itu dibuat pada 5 petang semalam hasil kerjasama dengan pihak Kedutaan Nepal di sini.

"Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju petang semalam.

"Susulan itu suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Superintendan Rajab Ahad berkata polis bagaimanapun masih mengesan keberadaan mangsa selain menyeru orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau ASP M Hussin Sollehuddin Zolkifly (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju) di talian 017-2446363 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Bernama

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2020 4.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM