Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Tiga Kali Dipenjara Kerana Hina Agong Didakwa Lagi

Diterbitkan: 19 May 2023 12.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sharil Mohd Sarif, 40 tahun, penjual daging, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-tiga-kali-dipenjara-kerana-hina-agong-didakwa-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Seorang lelaki yang tiga kali dipenjarakan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial, hari ini sekali lagi didakwa atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Sharil Mohd Sarif, 40 tahun, penjual daging, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia pernah mendapat rawatan psikiatri di Hospital Sungai Petani, Kedah.

"Saya ada makan ubat dan saya ada masalah mental," katanya.

Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan Sharil dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memaklumkan tertuduh hanya memberitahu secara lisan mengenai kesihatan mentalnya, namun tiada sebarang dokumen sokongan disertakan.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../lelaki-3-kali-dipenjara...

Sumber: Harian Metro

Lelaki 3 kali dipenjara kerana hina Agong, didakwa lagi | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 19 May 2023 12.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM