
Article
Artikel Pilihan Lelaki Tiga Kali Dipenjara Kerana Hina Agong Didakwa Lagi
Sharil Mohd Sarif, 40 tahun, penjual daging, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Per...
Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Seorang lelaki yang tiga kali dipenjarakan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial, hari ini sekali lagi didakwa atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.
Sharil Mohd Sarif, 40 tahun, penjual daging, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
"Saya ada makan ubat dan saya ada masalah mental," katanya.
Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan Sharil dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memaklumkan tertuduh hanya memberitahu secara lisan mengenai kesihatan mentalnya, namun tiada sebarang dokumen sokongan disertakan.
Sumber: Harian Metro