
Article
Artikel Pilihan Lelaki Pukul Isteri Hamil Sehingga Koma Sudah Ditahan Polis
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, semalam.
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, semalam.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di Taman Bukit Angsana, di sini.
"Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, semalam.
Mangsa yang hamil empat minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.