Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Malaysia Ditahan Di Thailand Disyaki Transporter Dadah Rentas Sempadan

Diterbitkan: 10 Nov 2025 9.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.28 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2025 – Seorang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand bersama dengan 75 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas, disyaki berperanan sebagai "transporter" kepada sindiket dadah rentas sempadan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-malaysia-ditahan-di-thailand-disyaki-transporter-dadah-rentas-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:18 MYT

Kuala Lumpur, 10 November 2025 – Seorang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand bersama dengan 75 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas, disyaki berperanan sebagai "transporter" kepada sindiket dadah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang tangkapan lelaki berumur 25 tahun itu oleh Subdivisyen 3, Biro Pembanterasan Narkotik Polis Thailand melalui saluran rasmi JSJN.

“Lelaki terbabit ditahan ketika sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan 75 kg dadah jenis Ketamin yang ditemukan di dalam kereta dipandunya pada 6 November.

“Semakan mendapati lelaki yang berasal dari utara itu mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/news.php?id=2488975
Sumber: BERNAMA

https://bernama.com/bm/news.php?id=2488975&fbclid=IwY2xjawN-kehleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeKoxJioRO7BlrxVSgbMp1ZHwzy4nf3sofp1YiwLSY-7L7Gl5vZdPHV2Ks-Ms_aem_lycrz5CwXwtMZbLygTzsCA
ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2025 9.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.28 AM