Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lebih 11 000 Kekosongan Perjawatan Dalam Pdrm Pengarah Pengurusan

Diterbitkan: 18 Mar 2022 9.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 18 Mac 2022 - Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lepas, kata Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lebih-11-000-kekosongan-perjawatan-dalam-pdrm-pengarah-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT
Melaka, 18 Mac 2022 - Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lepas, kata Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005 perjawatan) dan pegawai awam (1,455 perjawatan).

"Secara keseluruhan sehingga 31 Januari lepas, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dan kekosongan yang berlaku disebabkan kesukaran untuk melaksanakan latihan atau kursus bagi mengisi perjawatan yang ada, ekoran penularan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

"Pada tahun ini kami sedang dan akan melatih sebanyak 5,000 individu bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai rendah polis dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan dan baki kekosongan yang ada dijangka dapat diisi menjelang akhir tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2063106...

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2022 9.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM