Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Lapor Polis Jika Ahli Keluarga Waris Terjebak Sindiket Pekerjaan Dalam Talian Pengarah Jsj 20220412

Published: 12 Apr 2022 6.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini pihaknya menerima 35 laporan membabitkan 45 rakyat tempatan yang terkandas di beberapa negara termasuk Myanmar, Thailand dan Laos.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lapor-polis-jika-ahli-keluarga-waris-terjebak-sindiket-pekerjaan-dalam-talian-pengarah-jsj-20220412
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:38 MYT
Sepang, 12 April 2022 - Polis menasihatkan orang awam khususnya yang mempunyai ahli keluarga atau waris yang terjebak dengan sindiket pekerjaan dalam talian, tampil membuat laporan supaya bantuan segera dapat disalurkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini pihaknya menerima 35 laporan membabitkan 45 rakyat tempatan yang terkandas di beberapa negara termasuk Myanmar, Thailand dan Laos.

Katanya, seramai 16 rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja sebelum ini berjaya diselamatkan dengan kerjasama ASEANAPOL yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan pihak berkuasa Kemboja.

Katanya, baki 35 rakyat Malaysia yang masih terkandas di beberapa negara lain juga akan diselamatkan dengan kerjasama ASEANAPOL.

"Orang awam dan waris yang mempunyai maklumat berkenaan 35 warga Malaysia yang masih terkandas diminta melaporkannya kepada polis bagi membantu membawa mereka pulang dengan selamat.

"Polis mengambil keterangan 12 rakyat Malaysia yang baru pulang dari Kemboja di KLIA2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) bagi membantu siasatan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat membabitkan sindiket berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan, mereka tidak dikenakan sekatan dan dibenarkan pulang selepas diambil keterangan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Lapor polis jika ahli keluarga, waris terjebak sindiket pekerjaan dalam talian | Berita Harian
ArticlePublished 12 Apr 2022 6.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM