Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Lagak Samseng Jalanan Malam Minggu Makan Diri

Published: 25 Feb 2024 12.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tangkapan kesemua penunggang itu dibuat sepasukan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman, Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 1 dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lagak-samseng-jalanan-malam-minggu-makan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT
Seremban, 25 Februari 2024- Lagak samseng jalanan sembilan penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Plaza Tol Senawang, di sini menjerat diri selepas ditahan secara berasingan pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tangkapan kesemua penunggang itu dibuat sepasukan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman, Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 1 dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Menurutnya, tangkapan bermula jam 2 pagi itu mengesan kesalahan menunggang secara melulu seperti melawan arus, aksi 'superman' dan ubah suai nombor pendaftaran.

"Polis turut menyita motosikal terlibat jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC dan Modenas Kriss," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, sepanjang operasi ini, JSPT turut mengeluarkan 101 saman hasil pemeriksaan 60 penunggang motosikal.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Lagak Samseng Jalanan Malam Minggu Makan Diri
ArticlePublished 25 Feb 2024 12.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM