
Artikel
Artikel Pilihan Kukuhkan Agama Mantapkan Integriti Polis
Pengkalan Hulu, 22 April 2021 - Pengukuhan ilmu agama dan penyampaian dakwah berkesan merupakan sebahagian usaha pemantapan etika dan integriti dalam kalangan...
Pengkalan Hulu, 22 April 2021 - Pengukuhan ilmu agama dan penyampaian dakwah berkesan merupakan sebahagian usaha pemantapan etika dan integriti dalam kalangan saudara baharu orang asli Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, DCP Dato' Abd Razak Elias berkata, mendekati anggota yang bertugas di sempadan negara itu antara yang menjadi tumpuan dalam menyemarakkan aktiviti Ramadan.
Menurutnya, pelaksanaan program itu membuka ruang kepada mereka agar terus istiqamah mengenal Islam secara lebih mendalam.
"Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) menyantuni dan mendekati anggota ini agar dapat menerapkan kesejahteraan psikologi holisitik dan jati diri yang utuh dalam aspek kerohanian dan keagamaan.
"Dalam memperkasakan integriti, elemen penghayatan Islam dan mengenal ALLAH adalah penting agar selari dalam setiap penugasan kita," katanya.