
Article
Artikel Pilihan Kpn Mahu Manfaat Teknologi Ai Untuk Tangani Jenayah
Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang baharu dilantik sebagai KPN berazam untuk mempertingkatkan k...
Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang baharu dilantik sebagai KPN berazam untuk mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti pasukan, terutama dalam menangani isu jenayah rentas sempadan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi terkini.
Beliau berharap langkah itu akan dapat membawa Polis Diraja Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, selari dengan perubahan pemodenan pasukan itu, terutama yang melibatkan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI).
“Untuk kita melaksanakan tugas kepolisan pada masa yang akan datang, pelaksanaan dan penggunaan AI menjadi isu yang saya rasa perlu diketengahkan, supaya pasukan kita lebih maju pada masa yang akan datang dan dapat menangani apa juga ancaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berakhirnya majlis Paluan Berundur KPN di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.